Thursday, April 15, 2010

JALUR-JALUR BERSEPADU


JALUR-JALUR BERSEPADU
Masih tegar dalam ingatan
imbauan 13 Mei menjadi igauan
tragedi ngeri terpahat layu
pada tugu yang luka berdarah lesu

Sejarah silam sekadar kenangan
jadikan teladan sepanjang zaman
ke arah meniti arus cabaran
perpaduan nasional teras impian.

Adunan lima prinsipnya menguntum mekar
ungkapan keramat mengharum segar
menjadi pemangkin ke arah warga harmoni
pelbagai etnik lambang variasi identiti

Bersama kita berganding bahu
kita bina jalur-jalur bersepadu
kita anyamkan warna gemilang
kita sulamkan rangkap terbilang

Seiring misi dan visi peneraju negara
laungan berbisa satu Malaysia
bergema merentasi jagat raya
megah menyeberangi lautan segara


Berpaksikan slogan bertransformasi
mencetus ilham merangsang intergrasi
dengan hasrat rakyat didahulukan
serta pencapaian diutamakan

Nukilan:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK SERIAN

15 APRIL 2010

No comments: