Saturday, May 2, 2009


BALASUNGKAWA
(DATUK AMAR PUAN SRI DR. HAJAH LAILA TAIB: 1 MAC 1941 – 29 APRIL 2009)

Menyeberangi samudera
merentasi benua
lalu berpijak di bumi Australia
lautan ilmu diterokai
di sinilah berpuput bayu kasih abadi
dan bertautlah dua jiwa insan bestari
akhirnya Bumi kenyalang menjadi destinasi

Sifat-sifat terpuji ibu mithali
buat pendorong sang suami
suatu anugerah tidak terperi
dua putera dan dua puteri
buat penyeri mahligai sejati

Mentor berkesan Perkim negeri
setiap mandala dijelajahi
mencurah keringat menabur bakti
dengan gambaran tulus ikhlas penuh suci
di wajah terukir senyuman bereseri

Detik 3.40 petang merangkak senja
29 april 2009 nan lara
dengan iringan alunan ombak duka
gugurlah serikandi negara
pudarnya kerdipan bintang di angkasa
linangan jernih air mata nestapa
kesedihan menyelubungi setiap warga

Selamat tinggal ibuku
Reda dan rela akan pemergianmu
menyahut seruan yang Maha Esa
kau telah tinggalkan dunia yang fana
kini kau kekal di alam baqa
bertemankan amal dan taqwa

Terpisahlah roh dan jasad insani
terputuslah hubungan duniawi
yang kekal hanyalah amal ibadat
dengan doa anak-anak soleh penuh berkat
semoga rohmu dicucuri rahmat
ditempatkan di Darul Jannah
di kalangan orang-orang yang solehah

Pehin Seri yang kami muliakan
simpati mengiringi keperitan
bersabar menghadapi dugaan
cekalkan hati teguhkan iman
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati
Itulah kehendak Illahi


Balasungkawa Hajah Laila Taib
bersedialah menghadapi alam kubur
dengan soalan-soalan mungkar dan nakir
hadapilah dengan penuh ketenangan
semoga persadamu diberi kelapangan
Inna lillahi wa inna illaihi rojiun…….


muhddamine
30 April 2009
SMK Serian

2 comments:

Penabahari said...

Inna lillahi innailaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah jua.

muhddamine said...

terima kasih Pak Penabahari kerana sudi menjenguk. Sesungguhnya kematian itu adalah benar.